Sambutan Maulidur Rasul






















Pada 23 April 2010 bersamaan 1431 Hijrah, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul di SMK Linggiu. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz untuk memberi ceramah yang bertajuk "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" yang merupakan tema Maulidur Rasul pada tahun ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pesta Bola Baling MSSM Daerah Kota Tinggi 2010














Pesta Bola Baling MSSM L/P 18 telah berlangsung pada 15 dan 16hb April 2010 bertempat di padang SMK Linggiu, Kota Tinggi. Sebanyak 7 buah sekolah telah bertanding. Adat permainan, jika ada yang menang, pasti ada yang kalah. Bagi kategori L18, telah dijuarai oleh SMK Tan Sri Jaafar Albar manakala P18 pula di juarai oleh SMK Bandar Easter. Perlawanan yang diadakan cukup sengit untuk menyandang gelaran juara dan segala-galanya berjalan dengan lancar sehingga ke upacara penyampaian hadiah dan penutup oleh Pengetua SMK Linggiu, Pn Suwarti Bt Agus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Majlis Watikah Pertauliahan NADI Sekolah




Majlis Watikah Pertauliahan NADI Sekolah merupakan majlis penyampaian sijil pelantikan sepada NADI sekolah yang terdiri daripada badan Pengawas, Pustakawan, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan, dan Ahli Koperasi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Inspektor Roslan Bin Hj Abdullah yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah. Majlis ini telah berlangsung pada hari Isnin ( 5 April 2010 )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 dan Majlis Anugerah Kualiti





Pelajar-pelajar diberi pengiktirafan melalui Majlis Anugerah Kualiti di atas usaha kesungguhan di dalam pembelajaran dan pengajaran yang telah diberikan. Majlis ini di adakan sekaligus dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 pada 3 April 2010 ( Sabtu ). Ianya bertujuan supaya ibu bapa menyokong terus usaha sekolah dalam kecemerlangan pelajar-pelajar dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Pihak sekolah telah menjemput En. Mohd Nor Bin A.Ghani selaku wakil Jabatan Pelajaran Negeri Johor bagi merasmikan majlis yang berlangsung. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima Anugerah Kualiti dan semoga ianya menjadi pembimbing dan semangat untuk terus maju pada masa hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments