Majlis Tilawah Al-Quran& Pertandingan Aktiviti Maal Hijrah 1431H

Pada hari ini (31 Mac 2010) telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Aktivti Maal Hijrah Sekolah Peringkat Daerah Kota Tinggi 1431H di SMK Lokman Hakim. Pihak sekolah telah menghantar seramai 10 orang pelajar SMK Linggiu untuk menyertai pertandingan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mini Nursery





Pada 24 Mac 2010 ( Rabu), pelaksanaan Program Lestari iaitu penanaman semula ( replant)telah di jalankan dengan membuat Mini Nursery di kawasan sekolah. Aktiviti ini diketuai oleh En. Azman Bin Kadir dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ujian Bulanan 1

Ujian Bulanan 1 telah dijalankan pada 23-25 Mac 2010. Selamat menjawab dan semoga berjaya kepada semua pelajar SMK Linggiu. Do da Best~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Program Cakna Geografi





Program Cakna Geografi telah dianjurkan oleh Cik Norliza Binti Abd Razak pada 16 Mac 2010. Program ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 sahaja. Pada sesi pagi, telah berlangsung akitiviti senamrobik dan membuat kad yang bertemakan 'Alam Sekitar'. Selepas rehat, program ini disambung dengan Teknik menjawab soalan Geografi. Pelajar-pelajar didedahkan dengan cara-cara dan teknik menjawab dengan betul. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan lancar sehinggalah ke majlis penutup pada jam 2 petang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kursus Kepimpinan




Pada 15 Mac 2010, telah diadakan Kursus Kepimpinan di Dewan Perdana SMK Linggiu. Kursus tersebut melibatkan badan-badan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas. Kursus ini dianjurkan oleh Cik Nor Aidah bt Rahmat selaku guru Bimbingan dan Kaunseling. Pihak sekolah telah mengundang En.Kamarul Azhar daripada AHADIAN COACH untuk memberikan taklimat berkenaan dengan kepimpinan. Kursus tersebut telah berjalan dengan lancar sehinggalah ke majlis penutup pada jam 4.30 petang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Program Lestari







Pada 9 Mac 2010, telah berlangsung aktiviti membuat Bakul Kertas (Recycle) dibawah Program Lestari peringkat sekolah dengan dibimbing oleh Pn.Hjh Muhaiya Othman. Aktiviti ini dijalankan dengan bantuan pelajar Pendidikan Khas SMK Linggiu. Pelbagai bentuk bakul kertas yang telah dihasilkan pada petang tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Minggu Antidadah







'1 Malaysia Membanteras Dadah'. Itulah tema yang digunakan pada tahun ini untuk Minggu Antidadah. Dengan semangat 1 Malaysia, dadah haruslah dibanteras habis-habisan agar hasrat kerajaan untuk bebas dadah pada tahun 2015 dapat dicapai. Minggu Antidadah ini telah menjalankan beberapa aktiviti seperti kuiz, explorace, membuat kad, pertandingan melukis dan mewarna poster dan persembahan pelajar-pelajar. Pertandingan kuiz dan explorace telah diadakan pada 2,3 dan 4 Mac. Manakala pertandingan mewarna poster pula diadakan pada 5hb Mac 2010. Semua aktiviti yang dijalankan berjalan lancar sehinggalah ke upacara penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz,membuat kad,explorace dan mewarna poster.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kejohanan Olahraga Sekolah Peringkat SMK Linggiu kali ke-15








Pada 25hb Februari 2010, telah berlangsung Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke-15. Setiap tahun 4 rumah sukan iaitu Beta, Alfa, Omega dan Sigma akan bertanding utk merebut gelaran Juara bagi keseluruhan sukan SMK Linggiu. Bagi tahun ini, johan keseluruhan telah menjadi milik rumah Beta diikuti rumah Alfa, Omega dan Sigma. Temasya sukan SMK Linggiu telah berlangsung dengan baik dan berjalan dengan lancar walaupun acara sukan dikurangkan berbanding dengan tahun lepas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Merentas Desa




Pada 5 Februari 2010, telah berlangsung Sukan Merentas Desa peringkat SMK Linggiu kali yang ke-15. Acara ini melibatkan keseluruhan pelajar yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu kategori L18, P18, L 15, P15. Sukan ini berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar yang menang akan mendapat pungutan mata untuk rumah sukan masing-masing. Rumah sukan Alfa telah berjaya memungut mata yang tertinggi diikuti dengan rumah Omega,Sigma dan Beta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments