Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SMK Linggiu


Salam Aidilfitri di ucapkan kepada seluruh warga SMK Linggiu. Semoga hari raya tahun ini memberi makna dan dapat bergembira bersama keluarga tersayang. Kepada yang pulang ke kamppung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah yang tersayang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Berpuasa!!

Selamat berpuasa kepada seluruh warga SMK Linggiu pada tahun ini..semoga ramadhan tahun ini mendapat berkat yang lebih di samping melakukan ibadah di bulan yang mulia ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sambutan Hari Guru






Sambutan Hari Guru peringkat SMK Linggiu telah berlangsung pada 18 Mei 2010. Guru-guru dirai kan dengan persembahan pelajar-pelajar dari semua tingkatan. Terdapat juga acara tukar hadiah di antara para guru dan staff sokongan sekolah. Selain itu Anugerah Tokoh Guru Cemerlang juga turut diadakan dan Cik Nor Aidah Bt Rahmat telah dipilih untuk mendapat gelaran Tokoh Guru untuk tahun 2009.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gotong-Royong Perdana





Pada 15hb Mei 2010, Gotong Royong Perdana peringkat SMK Linggiu telah diadakan. Ianya bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dari luar hingga lah belakang sekolah. Gotong royong ini melibatkan semua iaitu para guru,ibu bapa dan pelajar. Semua aktivti berjalan dengan lancar sehinggalah kawasan sekolah menjadi cantik,ceria dan bersih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Latihan Kebakaran






Jabatan Bomba daerah Kota Tinggi telah mengadakan satu sesi latihan kebakaran kepada seluruh warga SMK LInggiu. Ianya bertujuan untuk melatih warga sekolah sebelum dan semasa kebakaran berlaku. Pelbagai kaedah dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pihak Bomba dalam menghadapi kebakaran di dalam pelbagai situasi yang diberikan. Aktiviti ini berlangsung pada 12 Mei 2010.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sambutan Maulidur Rasul






















Pada 23 April 2010 bersamaan 1431 Hijrah, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul di SMK Linggiu. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz untuk memberi ceramah yang bertajuk "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" yang merupakan tema Maulidur Rasul pada tahun ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pesta Bola Baling MSSM Daerah Kota Tinggi 2010














Pesta Bola Baling MSSM L/P 18 telah berlangsung pada 15 dan 16hb April 2010 bertempat di padang SMK Linggiu, Kota Tinggi. Sebanyak 7 buah sekolah telah bertanding. Adat permainan, jika ada yang menang, pasti ada yang kalah. Bagi kategori L18, telah dijuarai oleh SMK Tan Sri Jaafar Albar manakala P18 pula di juarai oleh SMK Bandar Easter. Perlawanan yang diadakan cukup sengit untuk menyandang gelaran juara dan segala-galanya berjalan dengan lancar sehingga ke upacara penyampaian hadiah dan penutup oleh Pengetua SMK Linggiu, Pn Suwarti Bt Agus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Majlis Watikah Pertauliahan NADI Sekolah




Majlis Watikah Pertauliahan NADI Sekolah merupakan majlis penyampaian sijil pelantikan sepada NADI sekolah yang terdiri daripada badan Pengawas, Pustakawan, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan, dan Ahli Koperasi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Inspektor Roslan Bin Hj Abdullah yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah. Majlis ini telah berlangsung pada hari Isnin ( 5 April 2010 )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 dan Majlis Anugerah Kualiti





Pelajar-pelajar diberi pengiktirafan melalui Majlis Anugerah Kualiti di atas usaha kesungguhan di dalam pembelajaran dan pengajaran yang telah diberikan. Majlis ini di adakan sekaligus dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 pada 3 April 2010 ( Sabtu ). Ianya bertujuan supaya ibu bapa menyokong terus usaha sekolah dalam kecemerlangan pelajar-pelajar dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Pihak sekolah telah menjemput En. Mohd Nor Bin A.Ghani selaku wakil Jabatan Pelajaran Negeri Johor bagi merasmikan majlis yang berlangsung. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima Anugerah Kualiti dan semoga ianya menjadi pembimbing dan semangat untuk terus maju pada masa hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Majlis Tilawah Al-Quran& Pertandingan Aktiviti Maal Hijrah 1431H

Pada hari ini (31 Mac 2010) telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Aktivti Maal Hijrah Sekolah Peringkat Daerah Kota Tinggi 1431H di SMK Lokman Hakim. Pihak sekolah telah menghantar seramai 10 orang pelajar SMK Linggiu untuk menyertai pertandingan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mini Nursery





Pada 24 Mac 2010 ( Rabu), pelaksanaan Program Lestari iaitu penanaman semula ( replant)telah di jalankan dengan membuat Mini Nursery di kawasan sekolah. Aktiviti ini diketuai oleh En. Azman Bin Kadir dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ujian Bulanan 1

Ujian Bulanan 1 telah dijalankan pada 23-25 Mac 2010. Selamat menjawab dan semoga berjaya kepada semua pelajar SMK Linggiu. Do da Best~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Program Cakna Geografi





Program Cakna Geografi telah dianjurkan oleh Cik Norliza Binti Abd Razak pada 16 Mac 2010. Program ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 sahaja. Pada sesi pagi, telah berlangsung akitiviti senamrobik dan membuat kad yang bertemakan 'Alam Sekitar'. Selepas rehat, program ini disambung dengan Teknik menjawab soalan Geografi. Pelajar-pelajar didedahkan dengan cara-cara dan teknik menjawab dengan betul. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan lancar sehinggalah ke majlis penutup pada jam 2 petang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kursus Kepimpinan




Pada 15 Mac 2010, telah diadakan Kursus Kepimpinan di Dewan Perdana SMK Linggiu. Kursus tersebut melibatkan badan-badan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas. Kursus ini dianjurkan oleh Cik Nor Aidah bt Rahmat selaku guru Bimbingan dan Kaunseling. Pihak sekolah telah mengundang En.Kamarul Azhar daripada AHADIAN COACH untuk memberikan taklimat berkenaan dengan kepimpinan. Kursus tersebut telah berjalan dengan lancar sehinggalah ke majlis penutup pada jam 4.30 petang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Program Lestari







Pada 9 Mac 2010, telah berlangsung aktiviti membuat Bakul Kertas (Recycle) dibawah Program Lestari peringkat sekolah dengan dibimbing oleh Pn.Hjh Muhaiya Othman. Aktiviti ini dijalankan dengan bantuan pelajar Pendidikan Khas SMK Linggiu. Pelbagai bentuk bakul kertas yang telah dihasilkan pada petang tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments